Selasa, 7 Februari 2017







ISU-ISU NEGATIF PERKAUMAN DI MALAYSIA PERLU 
DIBENDUNG UNTUK MENGELAKKAN MASALAH 
HUBUNGAN ETNIK DAN KAUM



DUA6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
TAJUK : ISU-ISU NEGATIF PERKAUMAN DI MALAYSIA PERLU DIBENDUNG UNTUK MENGELAKKAN MASALAH HUBUNGAN ETNIK DAN KAUM
NAMA :  NIK MUHAMAD ASYRAF BIN NIK SEN  (12EIP14F2001)
             AMIRUL SYAZWAN BIN MOHAMMAD   (12DIP14F1998)
KELAS : DIP5A
DIPLOMA PENGATUR TEKNOLOGIMAKLUMAT(PENGATURCARAAN)
NAMA PENSYARAH :USTAZAH ROHANI BINTI MAMAT (JABATAN PERGAJIAN AM)




Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah. Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam,tuhan yang maha pemurah, lagi maha pengasih. Tuhan yang menguasai hari pembalasan. KepadaMu lah sahaja kami menyembah dan kepadaMu lah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang engkau murkai,dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Bersyukur kami dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan tugasan berkumpulan yang di amanahkan kepada kami. Tugasan yang diberikan oleh Ustaz Rohani Binti iaitu pensyarah Komunikasi dan Penyiaran Islam.


PENGENALAN

  Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya. Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.


  Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.



   Malaysia ialah salah satu negara yang mempunyai pelbagai kaum. Berdepan dengan hubungan etnik dan cabarannya Untuk memahami persoalan hubungan kaum dan cabarannya,persoalan latarbelakang sejarah yang membawa kepada pembawaan masyarakat seperti yang ada sekarang perlu di fahami. Hubungan kaum yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, dan kaum. Persoalan hubungan kaum perpaduan amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Perpaduan amat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara dari digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud dari kepelbagaian kaum. Namun krisis yang berlaku pada tahun 1969 (Peristiwa 13 Mei) mencerminkan rakyat Malaysia belum mempunyai suatu budaya nasional yang menjadi asas bersama walaupun sebelum kemerdekaan telah wujud permuafakatan di antara rakyat negara ini dalam mewujudkan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara Malaysia.


OBJEKTIF

  • Mengenal pasti punca berlakunya isu-isu perkauman di Malaysia

  • Mengenal pasti cara untuk membendung masalah perkauman di Malaysia

  • Mengenal pasti kepentingan perpaduan kaum

1.O. PUNCA PUNCA BERLAKUNYA ISU PERKAUMAN DI MALAYSIA

  • BAHASA

Setiap kaum mengamalkan budaya dan cara hidup masing-masing.Sebagai contohnya,umat Islam akan bersembahyang lima kali sehari dan orang Cina akan membakar ‘kertas kuning’ untuk menghalau roh semasa ‘bulan hantu mengikut kepercayaan.Sesetengah budaya ini tidak dapat diterima oleh kaum yang lain.Sebagai contoh,pembakaran ‘kertas kuning’ menyebabkan sesetengah masyarakat yang berpenyakit respirasi seperti asma mengalami kesukaran dan pembakaran tersebut juga mengotorkan halaman rumah jiran-jiran yang terdekat.Selain itu,setiap kaum juga menggunakan bahasa sendiri untuk bergaul antara sama lain.Perbezaan bahasa ini akan menimbulkan prasangka antara kaum.Penganut Islam dilarang makan daging babi dan penganut Hindu dilarang makan daging lembu.Amalan pemakanan ini akan menyebabkan masalah jika terdapat jiran yang tersalah beri makanan tersebut.Perselisihan faham ini akan kemudiannya mencetuskan pergaduhan.


  •  POLITIK
  Perkauman antara etnik ini boleh dilihat secara tidak langsung melalui politik mengikut etnik contohnya, UMNO, MCA dan MIC, akhbar dan rancangan televisyen berlainan bahasa mengikut etnik masing-masing. Politik mengikut kaum ini lebih menjurus untuk mempertahankan dan memperjuangkan hak untuk kaum masing-masing. Walaupun terdapat juga politik bukan berasaskan perkauman, tetapi jika dilihat kepada masyarakat berbilang kaum, mereka lebih cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing serta mempertahankan nilai, budaya dan idea yang berbeza di antara kelompok masyarakat.

   Punca yang menyebabkan berlakunya isu perkauman dalam politik antara sebab utama adalah ketidakseimbangan pembangunan ekonomi dan pengagihan kuasa. Jika kita lihat keadaan di Malaysia, ekonomi kebanyakan dipegang oleh orang cina manakala politik banyak didominasikan oleh orang melayu. Hal ini disebabkan pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu, masyarakat dipisahkan dari sudut ekonomi dan penempatan mengikut kaum-kaum masing. Sebagai contoh, orang cina bekerja sebagai peniaga dan tinggal di Bandar, manakala orang melayu tinggal di kawasan perkampungan dan melakukan aktiviti pertanian dan orang India pula ditempatkan di kawasan ladang bagi menguruskan kelapa sawit dan getah. Selepas kemerdekaan, disebabkan orang cina mempunyai modal yang banyak serta berpengalaman dalam perniagaan, mereka terus memonopolikan ekonomi di Malaysia sehingga sekarang. Pengasingan ini wujud di antara etnik disebabkan kesan negatif dasar-dasar yang terbentuk semenjak zaman penjajahan.


  • SISTEM PENDIDIKAN YANG TERASING.

  Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman.





  •    PROPAGANDA PERKAUMAN DI MEDIA SOSIAL
   Pembangunan media sosial sejak kebelakangan ini telah memberi kesan kurang sihat terhadap perpaduan negara. keselamatan negara telah terbuka dengan pelbagai ancaman, meningkatkan ketelusan (transparency) tentang pemerintah dan ia turut membuka ruang kepada rakyat Malaysia bagi membincangkan isu-isu politik sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang. walaupun media sosial turut menjadi saluran alternatif maklumat dalam mempromosikan nilai demokratik, ramai pengguna kurang berhati-hati apabila melemparkan tuduhan.
  Hasil kajian yang dilakukan baru-baru ini mendapati pengguna media sosial bimbang, berhati-hati dan tidak yakin apabila berhadapan dengan isu-isu etnik dan perkauman yang berlegar dalam media sosial dan mereka juga belum bersedia untuk menghalang atau mencegah penyebaran isu-isu etnik dan perkauman dalam media social. masyarakat dan pihak berkuasa perlu memainkan peranan dalam menangani isu etnik dan perkauman yang semakin berleluasa di media sosial. Masyarakat juga perlu meningkatkan kesedaran kebertanggungjawaban dan bertindak berdasarkan undang-undang. Jika merasakan sesuatu info yang tersebar di media sosial adalah tidak betul dan menjatuhkan maruah seseorang, buatlah aduan kepada pihak berkuasa atau melakukan demo secara aman supaya wujud suasana positif dan memberi manfaat kepada masyarakat





  •     KURANGNYA INTERAKSI ANTARA KAUM


   Secara umumnya,sesuatu kaum lebih cenderung untuk berkawan dan bergaul dengan orang daripada kaum sendiri.Ini boleh memudahkan pergaulan mereka kerana menggunakan bahasa yang dapat difahami oleh kedua-dua pihak.Hal ini demikian,sesetengah masyarakat tidak tahu bercakap dalam Bahasa Melayu dan mereka akan mengalami kesukaran untuk berinteraksi.Keadaan ini akan menimbulkan pergaulan seperti itik dengan ayam yang tidak dapat difahami oleh kedua-dua pihak.Sesuatu kaum juga sukar untuk menerima perbuatan kaum lain berdasarkan kepercayaan.Mereka yang tidak bersikap toleransi akan menentang perbuatan mereka dan menimbulkan perselisihan.



2.0 . CARA UNTUK MEMBENDUNG MASALAH PERKAUMAN DI MALAYSIA

1)  Perselisihan faham antara kaum dapat dielakkan melalui perancangan beberapa program yang            mewajibkan setiap kaum untuk melibatkan diri. 



 2)  Program yang dilaksanakan perlu merangkumi aktiviti-aktiviti yang berunsurkan perpaduan. Program seperti “Program 1 Malaysia”, program penubuhan Sekolah Wawasan dan banyak lagi program-progrm yang lain perlu diperbanyakkan. 



 3) Program lain seperti rumah terbuka bagi perayaan-perayaan setiap etnik yang diamalkan dalam Negara kita juga perlu diperluaskan dalam seluruh Negara.



4)   Ibu bapa perlu mendorong anak-anak untuk bergaul sesama masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik. Masyarakat kita juga perlu bergaul, berkongsi pendapat dan membina kumpulan dengan masyarakat kaum lain.  



5)  Justeru itu, kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak berprasangka buruk sesama kaum supaya mengelak sikap mementingkan diri.


…………………………………………………………………………………………………………………………………..
         
Persepakatan diantara Kaum

  Malaysia merupakan satu negara yang unik dimana ia merupakan satu negara yang mempunyai banyak kaum yang didiami oleh Masyarakat Melayu, Cina dan India yang merupakan tiga kaum utama negara Malaysia. Bilangan penduduk Malaysia sehingga tahun 2010 dianggarkan melebihi 28.25 juta penduduk .
Daripada bilangan penduduk ini, bangsa Bumiputera Melayu meliputi 50.4%, Cina 23.7%, dan India 7.1% dan selebihnya adalah kaum-kaum bumiputera bukan Melayu dan lain-lain. Sejak mengecapi kemerdekaannya sejak tanggal 31 Ogos 1957, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini.

        
 Bahasa dan Cara Berkomunikasi

  Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan ataupun bahasa rasmi di Malaysia. Oleh itu, bahasa rasmi tersebut berperanan sebagai satu pipe saluran yang digunakan oleh semua rakyat Malaysia. Akan tetapi, masalah di sebaliknya iaitu kebanyakkan kaum bukan melayu masih tidak dapat bertutur dengan lancar.
Hal ini kerana bahasa ibunda yang digunakan sejak kecil lagi telah menyebabkan kebanyakkan mereka sukar untuk menangani bahasa rasmi dengan baik. Bahasa yang digunakan berdasarkan bahasa ibunda masing-masing akan menjauhkan lagi jurang antara kaum kerana akan berlaku ketidaksefahaman dan prasangka di antara satu sama lain. Tanpa disedari, amalan yang sedang dilakukan ini sedang menuju ke arah mewujudkan polarisasi kaum yang amat membimbangkan.
Realiti yang melanda Yugoslavia hendaklah dijadikan sebesar-besar pengajaran. (Yugoslavia adalah negara dimana terdapat pelbagai kumpulan etnik yang saling membenci antara satu sama lain.) Jika kita kurang teliti dan jika kita tidak berhati-hati, berkemungkinan warga kita akan berpecah-belah dan mewujudkan fahaman agama yang ekstrim.


Saranan dan pengaruh daripada ibubapa

   Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Orang pertama yang paling awal mendekati anak-anak adalah ibu bapa. Oleh itu fikiran dan kelakuan anak-anak akan dipengaruhi oleh ibu bapa mereka.
Contohnya anak-anak mereka akan didedahkan tentang isu-isu kaum sejak kecil lagi. Disebabkan kebanyakkan ibubapa di Malaysia masih mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu-isu kaum seperti peristiwa 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969 iaitu rusuhan yang berlaku dan kemucak masalah perpaduan di Malaysia, maka mereka akan memberi fakta yang terpesong yang akan mempengaruhi anak-anak terhadap bangsa-bangsa yang lain di Malaysia. Hal ini menyebabkan perpaduan dan persepakatan antara kaum dan bangsa sukar dicapai.


        
Program dan polisi perpaduan kaum telah dipolitikkan

   Setiap warga Malaysia wajar melihat dan mentafsir program dan polisi nasional yang dilaksanakan secara rasional, objektif, bijaksana dan bertanggungjawab. Berfikirlah sebagai seorang warga Malaysia sejati, berpegang kepada prinsip menjunjung langit di tempat bumi dipijak. Program pendidikan sebagai contohnya yang diperkenalkan adalah pelaburan untuk menjamin masa hadapan warga muda dan warga muka dan tidak harus sama sekali dipolitikkan, program pendidikan dan polisi perpaduan kaum yang dipolitikkan adalah perbuatan paling tidak bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa hadapan anak-anak dan memporak-perandakan negara.


3.0 kepentingan perpaduan kaum

          Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

            Industri  pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa,” sambil menyelam minum air”.

            Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.

            Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.




KESIMPULAN

  Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan Negara. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita.

   Agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara, serta ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.

Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing. Persoalannya, bagaimana kita menangani isu ini secara berhemah agar kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.


  Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.


   Justeru, masyarakat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang besar. Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
Sebarang kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati antara kaum yang diterjemahkan secara berlebihan hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan persengketaan dan akhirnya merugikan negara kita sendiri dan membazirkan usaha-usaha yang telah diusahakan oleh pemimpin-pemimpin dahulu.





RUJUKAN




2 ulasan:

  1. Nice blog😄, awak sy nak minta izin copy kesimpulan boleh?

    BalasPadam
  2. Mens T-Shirt: Mens T-Shirt by Maxim D
    The Mens titanium cartilage earrings T-Shirt titanium stronger than steel for Women. ford escape titanium 2021 The size of a standard pair can be confusing, especially titanium bikes if you're looking for an all-in-one T-Shirt. A titanium mesh complete set

    BalasPadam